PENGETUA
(Pn. Hajjah Noraihan Abdul Rahman)

Seulas bicara ...

Assalamualaikum wrt.wbt.

Setinggi-tinngi kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan Taufiq dan InayahNya serta ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat hingga berjaya melancarkan Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad.

Laman Web ini merupakan intipati kepada semua maklumat semasa berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Ia juga merupakan salah satu lambang kepada kejayaan sebuah institusi atau sebaliknya.

Oleh yang demikian, disiplin para pelajar adalah merupakan perkara yang sangat penting selain dari pencapaian akademik yang cemerlang. Kedua-duanya perlu ada dalam setiap  pelajar agar masyarakat sentiasa mempunyai tanggapan yang sihat
terhadap sekolah ini.

Kepada semua tenaga pendidik adalah diharapkan agar benar-benar ikhlas dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab, kerana ianya merupakan amanah daripada Allah SWT Semoga cita-cita untuk membentuk mukminin yang bertaqwa dapat direalisasikan.

WASSALAM...